Wednesday 7 November 2012

BACAAN AL-QURAN

Alhamdulillah, program bestari al-quran (best-q) sudah masuk bulan ke-5. pelbagai rintangan berjaya diharungi oleh para peserta. Mereka tanpa letih jemu terus menghafal dan menghafal. Sebagai menghargai usaha mereka, pihak Surau al-Mubarak menayangkan video mereka yang tasmik hafalan mereka. video mereka boleh ditonton di  http://www.youtube.com/ustazmuiz
Ustaz Muizzuddin merupakan guru pembimbing program ini telah memuat naik rakaman mereka ke dalam laman YouTube.




Tuesday 28 August 2012

WARNA WARNI BULAN PANITIA DAN IHYA RAMADHAN

Hari: 23/07/2012 bersamaan 3 Ramadhan 1433 Hijrah.

masa: 7.30 pagi
tempat: padang perhimpunan SKTBI

 Antara acara dipersembahkan:


1. Ucapan perasmian oleh guru besar, Puan Jamilah Binti Abd Rahman.
2. Ucapan ketua panitia pendidkan Islam.

3. Hafazan al-Quran surah al-Naba' oleh peserta Bestari al-Quran ( Best-Q ), Alim hanafi.
4. Nasyid oleh Persatuan Puteri Islam, SKTBI.



  
Ketua panitia sedang memberi ucapan
Murid kelihatan teruja
Puan Jamilah  mendengar ucapan
Tidak sabar membuat persembahan nasyid =)
Alim Hanafi, peserta Best-Q membuat persediaan sebelum persembahan.

Alim Hanafi bersama hadiah penghargaan. beliau berjaya menghahal 1 juz.






























Ihya Ramadhan 2012 /1433 Hijrah .




mesyuarat menjana idea melahirkan umat terbilang
Menghafal al-Quran merupakan teras program Bestari al-Quran.Hasya umairah rajin tasmik di bulan mulia ramadhan.

Kegembiraan di raut muka para penghafal al-Quran ketika   menerima duit raya. Teruskan usaha anda!


 SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA WARGA SURAU AL-MUBARAK.

Sunday 12 August 2012

TERBARU!!! PROGRAM MOTIVASI UNTUK MURID TAHUN 6!

Alhamdulillah. Pada hari Jumaat 13/06/2012  Panitia Pendidikan Agama Islam bersama Surau Al-Mubarak telah menganjurkan sebuah program motivasi untuk murid tahun 6,SKTBI. Program bertujuan  membina jatidiri, keyakinan, mengenal diri dan pencipta di dalam sahsiah para murid.

Motivasi  disampaikan oleh Tuan Asif, di Dewan Budiman, SKTBI. Sambutan yang ditunjukkan muird amat menggalakkan dan begitu teruja dengan penampilan bersahaja oleh motivator.


Video klip motivasi pada hari tersebut. Selamat menonton!



video