MINIT MESYUARAT


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN
SURAU AL-MUBARAK KALI KEDUA
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH

Bil 2 Tahun 2012
           
Tarikh              : 18 Jun 2012
Masa                : 12.30 tengahari
Tempat            : Bilik Gerakan SK Taman Bukit Indah

Kehadiran      :
1.            Mohammad Fakrudin b. Hashim                                            Pengerusi                  
2.            Ahmad Azam b. Abdullah
3.            Mohamad b. Shaari
4.            Mazlina bt. Sulaiman
5.            Normah bt. Mamat
6.            Yusniza bt Abd Kadir
7.            Suhana bt. Shoaib
8.            Nor Azlina bt Muhamad
9.                  Hamdan bin sidek      
10.              Hasimah bt. Muhamad
11.              Khairunnisaa’ bt. Abd Rahman
12.              Nur Shuhaidah bt Abdullah
13.        Roslina bt Ramli
14.        Nur Farhie Syazreen bt Zubir
15.              Ana Salwa binti Namli
16.              Nur Bazilah bt Abdul Hadi
17.              Muizuddin bin Zuhaili
  
Tidak hadir :                                                                                                                           
1.                  Muhammad Emre b. Abdul Razak                             - Taklimat Hakim
2.                  Dalyana bt Ramli                                                        - MC
3.                  Aida Malisa bt. Abd Rani                                           - CRK
4.                  Muhammad Shahrul Iman b Juhani                            - Penempatan semula
5.                  Nurul Ashikin bt Hussin                                             - Penempatan semula
6.                  Noor Hasniyati bt Aris                                                - Penempatan semula

1.      Ucapan Aluan Pengerusi
1.1       Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummu al kitab ’al-fatihah’ oleh semua guru.
1.2       Ustaz Mohammad Fakrudin selaku pengerusi majlis mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali kedua 2012.
1.3       Pengerusi mengalu – alukan kedatangan Cik Siti Syahidasalwa bt Yahaya, guru Penyelaras Projek Khas Tahun 6 dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran beliau ke mesyuarat ini.

2.      Perkara Berbangkit       
2.1              Pengerusi memaklumkan tentang Program Transisi Bahasa Arab Tahun 1 / 2012 telah dilaksanakan dengan baik.
2.2       Pengerusi memaklumkan bahawa kempen menutup aurat hendaklah dijalankan pada tahun ini.
                                                                                                 (Tindakan: Makluman)

3.   Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1       Pengerusi telah membentangkan minit mesyuarat untuk disahkan.
3.2       Pengesahan minit mesyuarat yang lalu telah dicadangkan oleh Ust Mohamad bin Shaari dan disokong oleh Ust Hamdan bin Sidek.


4.   Agenda Mesyuarat (Maklumat daripada Penyelaras Projek Khas Tahun 6)
4.1    Cik Siti Syahidasalwa bt Yahaya memaklumkan tentang Kem Smart Kesedaran kepada Guru Pendidikan Islam dan j-QAF.
4.2       Sasaran adalah semua murid tahun 6.
4.3       Program ini akan diadakan pada 13 – 14 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, bertempat di Sk Taman Bukit Indah.
4.4       Kertas kerja akan dibuat oleh AJK Projek Khas Tahun 6 dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam.
4.5       Pengisian aktiviti dari waktu Maghrib hingga Subuh untuk murid tahun 6 beragama Islam adalah terpulang kepada pihak panitia.
4.6       Beliau mengharapkan kerjasama daripada pihak panitia Pendidikan Islam untuk menjayakan program tersebut.
                                                                       (Tindakan: Ketua Panitia dan Makluman)

5.   Sistem fail
5.1              Pengerusi memaklumkan tentang sistem pengurusan fail panitia dan j-QAF hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
5.2              Pengerusi memaklumkan bahawa guru j-QAF ambilan 2011 iaitu Nurul Ashikin, Muhd Shahrul Iman dan Noorhasniyati sedang menunggu penempatan baharu, oleh itu fail yang ditugaskan kepada mereka akan diambil alih oleh guru j-QAF ambilan 2012.
5.3              Pengerusi memaklumkan agar fail j-QAF hendaklah disediakan sebanyak 9 buah. Antaranya:
1)  Bahasa Arab                      - Roslina bt Ramli
2)  Fail Transisi                        - Roslina bt Ramli
3)  Pemulihan jawi                  - Suhana bt Shoib
4)  Khatam al-Quran               - Muhamad bin Sha’ari
5)  KBS                                   - Nor Azlina bt Muhamad
6)  Tasmik                               - Mazlina bt Sulaiman & Dalyana bt Ramli
7)  Kewangan                          - Aida Malisa bt Abd Rani
8)  Fail Induk j-QAF &           - Yusniza bt Abd Kadir & Muizuddin b Zuhaili
     Inventori   
9)  Fail Bahan j-QAF              - Ana Salwa bt Namli & Nur Bazilah bt Abdul Hadi
5.4              Pengerusi memaklumkan agar fail Panitia hendaklah disediakan sebanyak 13 buah. Antaranya:
1)  Fail Maklumat Guru dan Jadual Waktu                - Normah binti Mamat
2)  Fail Surat Edaran                                                   - Fakrudin bin Hashim
3)  Fail Minit Mesyuarat                                             - Normah binti Mamat
4)  Fail Rancangan dan Aktiviti                                  - Hasimah bt Muhamad
5)  Fail Analisis Peperiksaan                                       - Muizuddin bin
6)  Fail Pencerapan Guru dan                                     - Fakrudin bin Hashim
     Penyemakan Buku Latihan                                   
7)  Fail Sukatan Pelajaran / Huraian                            - Khairun Nisaa’ bt Abd
     Sukatan / Rancangan Tahunan                                 Rahman
8)  Fail Bank Soalan Peperiksaan Sekolah                  - Fakrudin bin Hashim           
9)  Fail Buku Stok Inventori                                       - Shuhaidah bt Abdullah
10) Fail Perkembangan Sekolah                                  - Muhd Emre bin Abd Razak
11) Fail Pekeliling                                                       - Suhana binti Shoib
12) Fail Kewangan                                                      - Aida Malisa bt Abd Rani
13) Fail Ko-Kurikulum                                               - Fakrudin bin Hashim

6.         E-Pelaporan
6.1       Ust Mohamad memaklumkan bahawa E-Pelaporan hendaklah dihantar pada minggu ini.
6.2       Memaklumkan bahawa e-pelaporan hanya dijalankan bagi tahun 3 hingga 6 sahaja.             
6.3       Memaklumkan bahawa tidak ada e-pelaporan untuk tahun 1 dan 2 tetapi menggunakan sistem BAND.
                                                                             (Tindakan: Mohamad dan makluman)

7.         Kempen Menutup Aurat
7.1              Pn Nur Farhie memaklumkan bahawa kempen menutup aurat akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan ini.
7.2              Program ini diadakan di sekolah yang melibatkan semua murid beragama Islam.
7.3              ’Banner’ dan ’bunting’ akan dipamerkan di dalam dan di luar sekolah sepanjang Ramadhan dan sesi persekolahan 2012.
                (Tindakan: Nur Farhie dan makluman)

8.         Kursus Penulisan
8.1              Pengerusi memaklumkan tentang kursus Penulisan dalam kalangan guru Pendidikan Islam yang akan diadakan oleh pihak PPD Gombak.
8.2              Bagi guru Pendidikan Islam yang berminat hendaklah mengambil borang tersebut daripada Ketua Panitia, mengisi borang dan menghantarnya kepada Ketua Panitia dengan secepat yang mungkin.

       (Tindakan: Makluman)

9.         PAFA
9.1              Pengerusi memaklumkan agar fail PAFA hendaklah dikemaskini mengikut tahun dan bilangan murid Islam terkini.
9.2              Borang hendaklah disediakan kepada setiap murid beragama Islam mengikut kelas masing-masing. 
9.3              Pemantauan akan dijalankan oleh pihak jabatan dari semasa ke semasa.
9.4              Ust Hamdan ditugaskan untuk mengendalikan fail PAFA tersebut.

                                                                                (Tindakan: Hamdan dan makluman)




10.       Program Sambutan Israk dan Mikraj
10.1          Sambutan Israk dan Mikraj akan diadakan di sekolah yang melibatkan semua murid Islam.
10.2          Program ini akan diadakan pada 29 Jun 2012, hari Jumaat dan bertempat di dewan Budiman SKTBI.
10.3          Penceramah daripada pihak luar akan dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan Israk dan Mikraj.
10.4          Ust Mohamad bin Shaari ditugaskan untuk mengendalikan program ini.
 (Tindakan: Mohamad dan makluman)

11.       Surau
11.1          Pengerusi memaklumkan bahawa pelaksanaan peningkatan surau sedang dijalankan.
11.2          Ust Mohamad meminta agar kerjasama daripada semua guru terutamanya GPI dan j-QAF untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
       (Tindakan: Makluman)

12.       Program ’Akil Baligh (AQBAL)
12.1          Pengerusi memaklumkan bahawa program ini adalah khusus berkaitan dengan semua murid tahun 6.
12.2          Ust Mohamad Fakrudin ditugaskan untuk mengendalikan program tersebut.
12.3          Program ini akan dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR.
       (Tindakan: Fakrudin dan makluman)

13.       Program Kem Jati Diri
13.1          Pengerusi memaklumkan bahawa Program Kem Jati Diri diadakan untuk murid yang mempunyai masalah dari segi akhlak.
13.2          Pn Khairun Nisaa’ ditugaskan untuk mengendalikan program ini.
13.3          Program ini akan dilaksanakan pada bulai Julai 2012.
         (Tindakan: Khairun nisaa’ dan makluman)
14.       Tasmik
14.1          Pengerusi memaklumkan bahawa sambutan kelas tasmik adalah kurang memuaskan.
14.2          Pencapaian murid sepanjang enam bulan pertama adalah rendah.
14.3          Kedatangan murid ke kelas tasmik adalah kurang memberangsangkan. Manakala yang selalu datang adalah murid yang sama. Nasihat dan teguran telah dibuat oleh guru Pendidikan Islam di kelas masing-masing.
14.4          Kelas tasmik yang ketiadaan guru j-QAF akan dibincangkan semula oleh ketua panitia dengan GPI sesi petang dan pagi. Hal ini disebabkan oleh guru j-QAF tersebut sedang mengikuti KISSM dan menunggu keputusan penempatan semula oleh pihak atasan. (Shahrul Iman, Nurul Ashikin dan Noorhasniyati)
14.5          Pengerusi memaklumkan bahawa kelas tasmik akan ditangguhkan buat sementara waktu sepanjang bulan Ramadhan. Surat edaran akan dikeluarkan kepada ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 hingga tahun 6.
14.6          Pengerusi meminta agar semua GPI dan j-QAF melaksanakan kelas tasmik dengan berkesan.
       (Tindakan: Fakrudin dan makluman)
                                    


15.    Hal – hal Lain
15.1          Pengerusi memaklumkan tentang pembentangan cara P&P yang berkesan oleh Pn Nur Farhie kepada semua guru pada hari sabtu akan ditetapkan kemudian.
15.2          Pengerusi memaklumkan bahawa naskah al-Quran yang baharu telah dibekalkan oleh pihak jabatan tetapi belum dicop lagi dan hendaklah diagihkan ke surau. Beliau meminta supaya semua GPI dan j-QAF bekerjasama dalam mengendalikan hal tersebut dan mencatatnya di dalam buku stok inventori.
15.3          Pengerusi memaklumkan agar ust Mohamad mengendalikan solat zohor berjemaah di surau al-Mubarak.

16.    Penutup
16.1          Pengerusi mengharapkan kerjasama daripada semua guru Pendidikan Islam dalam menjayakan sesuatu program agar diberi keberkatan dan kekuatan dari ALLAH S.W.T untuk melaksanakannya.
16.2          Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-’Asr.
16.3          Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.
           



Disediakan Oleh :                                          Disemak oleh :


.................................................                       .......................................................
(NORMAH BINTI MAMAT)                     (MOHD FAKHRUDIN B. HASHIM)
Setiausaha,                                                      Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan Islam,                               Panitia Pendidikan Islam,
SK Taman Bukit Indah                                   SK Taman Bukit Indah

1 comment:

video