Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan Negara.
Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk
sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan
Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
Pengurusan Surau al-Mubarak
SK Taman Bukit Indah
Pengenalan :
Surau al-Mubarak, SK Taman Bukit Indah merupakan lambang syiar Islam di
sekolah ini. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan
ibadah solat semata-mata tetapi ia juga berfungsi sebagai pusat kegiatan
Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan musolla yang sistematik dan berkualiti
dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat
melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul
dalam kehidupan mereka.
Konsep Surau al-mubarak :
a.
Tempat mengerjakan solat fardhu dan solat sunat
sama ada secara berjemaah atau individu.
b.
Tempat untuk melaksanakan amali Pendidikan Islam
seperti cara berwudhuk, cara mengerjakan solat dan sebagainya.
c.
Tempat melaksanakan “Tazkiyah Ruhiyyah” iaitu
pembersihan jiwa melalui tilawah al-Quran, zikullah, tazkirah dan sebagainya.
Objektif mengimarahkan Surau al-Mubarak :
a.
Menghidupkan surau al-Mubarak dengan pelbagai
aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
b.
Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan
sistematik.
c.
Memupuk minat dan tabiat pelajar supaya rajin
berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya.
d.
Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah
islamiah yang unggul.
e.
Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan
kegamaan dan isu-isu semasa.
f.
Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada
budaya ilmu dan pembinaan insane.
Rasional :
a.
Surau al-Mubarak adalah syiar dan imej Islam di
sekolah yang perlu diberi perhatian serius dan tindakan positif.
b.
Kurangnya aktiviti keagamaan yang menarik dan
berkesan.
c.
Pelajar-pelajar kurang berminat dan tidak suka
berada di surau malah mereka tidak memanfaatkan setiap detik masa berada di
surau.
d.
Terdapat surau yang tidak diurus dengan efisyen
dan sistematik dan ia kelihatan terbiar, lesu dan tidak bermaya.
e.
Penglibatan warga sekolah terhadap aktiviti
surau tidak menyeluruh dan menjurus ke arah permuafakatan.
Kategori surau :
Surau di dalam bangunan sekolah.
Kumpulan sasaran :
a.
Pelajar muslim di sekolah.
b.
Pentadbir dan guru-guru muslim.
c.
Kakitangan sokongan muslim.
d.
Persatuan ibu bapa dan guru.
e.
Masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment